Thursday 11 July 2013

Salam. Operasi perkhidmatan Homestay dibuka semula.

Salam Bulan Ramadhan dan kami ingin meminta maaf sepanjang sebulan yang lepas perkhidmatan homestay tidak beroperasi kerana saya tidak ada di Malaysia.

Sekarang operasi dibuka semula dan anda semua bole sms/call saya utk penerangan lanjut tentang homestay.



Monday 10 June 2013

IMPORTANT ANNOUNCEMENT

SALAM. KAMI INGIN MEMBERITAHU BAHAWA PERKHIDMATAN RUMAH HOMESTAY DIBERHENTIKAN UTK SEKETIKA DISEBABKAN OWNER KE LUAR NEGARA.

PERKHIDMATAN AKAN DIBUKA SEMULA BERMULA 10 JULAI, 2013.

TERIMA KASIH.

Wednesday 14 November 2012

Cuti sekolah dah bermula..jom homestay di Melaka


Salam semua...cuti sekolah dah pun bermula...mesti ramai yang planning nak bercuti bersama keluarga dan kawan2 kan..so bagi sesiapa yang inginkan homestay di tepi pantai..bolehlah sewa homestay saya ni..jarak tak jauh pun dari pantai..dari rumah dah bole nampak pantai tu..nak barbeku pun ada disediakan tempat barbeku..beli je ikan segar dari pantai tu..yang kaki pancing pulak, bolehlah memancing kat tepi pantai tu..GP Joran pun memang buat kat sini tiap tahun..tap ada satu port pancing yang baekk punya tak jauh dari rumah saya..nanti pada post yang akan datang, saya akan upload gambar tempat tu..tu pun kalau saya balik kampung la..

                                                                 BUNGALOW PANTAI PUTERI

 
Lagi satu, silalah tengok2 homestay saya yang lagi satu di TAMAN BUKIT RAMBAI..tak jauh pun dari pantai, dalam 7 ke 10 minit je driving..bole klik kat link di kanan ni untuk blogspot homestay ni...

                                              BUNGALOW TAMAN BUKIT RAMBAI
 

 OK  YANG BERMINAT BOLE BUAT TEMPAHAN SEKARANG YE SIAPA CEPAT DIA DAPAT DULU HEHE..SAMPAI SINI SAJA..SALAM MUHIBAH UTK SEMUA…………

Thursday 30 August 2012

Jom Jalan Raya ke Pantai Puteri..Jom sewa rumah saya

Salam Semua,

Tak lambat lagi kan nak ucap Selamat Hari Raya pada semua Muslim dan mereka2 yg drop by di blog saya ni. Kuih raya berbalang2 sama juga kat rumah homestay saya tu..sesiapa yg sewa makan je la ape yang ada jemput la makan ye.

Terima Kasih pada mereka yg menyewa pada Hari Raya Ketiga..Keempat dan sebagainye..mmg seronok sbb rumah homestay saya tu berada jauh 50 meter dari pantai..banyak pulak stall menjual ikan ikan segar, restoran rotijohn plak jalan kaki 1 minit dah sampai..so xpayah sibuk2 nak cari parking kereta yg memang sentiasa x cukup tu..jalan entrance nak masuk ke homestay tu ada dua cara..tapi untuk sapa yg tak biasa lagi entrance Rotijohn tu yg paling senang.

Jom datang melaka..singgah bermalam di Pantai Puteri..sewala di homestay saya..berpatutan harganye Bangalow 3 bilik di tepi pantai.

Ok Assalamualaikum..selamat malam.

Wednesday 18 July 2012

TARIKAN

Berbagai2 tarikan dan kemudahan ada di Pantai Puteri Melaka dan juga sekitar Melaka.

- 100 meter ke Pantai Puteri
- Aktiviti Laut seperti camping, sukan laut, memancing
- 100 meter ke fresh seafood stalls
- 50  meter ke Barkat Roti John yg sangat terkenal di Melaka.
- 20 minit ke bandar Melaka
- 20 minit ke TESCO Cheng
- pasar malam setiap hari Ahad.(200 meter dari rumah)
- pasar malam setiap Jumaat (Pantai Rombang - 2 km dari rumah)
- berdekatan dengan kedai makan berbagai citarasa (tomyam dan kampung).